๐Š๐ž ๐€๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Pada 12 Mei 2026, wawancara khas Sinar Harian bersama YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi telah membincangkan antaranya berkaitan penstrukturan ekonomi negara dalam mendepani cabaran global, reformasi fiskal serta pelaksanaan RMK13 yang berteraskan pendekatan lebih praktikal dan berorientasikan pelaksanaan.ย 

Antaranya adalah mengenai:ย 

๐ŸƒDasar NETR yang telah digariskan dalam RMK13 terus diperkukuh, mencerminkan kesiapsiagaan Kerajaan dalam mendepani krisis global yang meruncing;

๐ŸƒKomitmen untuk mengurangkan tahap kebergantungan kepada pekerja asing daripada 15 peratus kepada 10 peratus menjelang tahun 2030;

๐ŸƒKomitmen untuk meningkatkan lantai ekonomi rakyat supaya keupayaan mereka dilihat bukan semata-mata daripada sudut kos sara hidup, tetapi juga dari segi pendapatan.ย 

๐ŸƒHasrat untuk mencapai kesiapsiagaan penggunaan biodiesel sehingga B30 menjelang tahun 2030

๐ŸƒKomitmen bahawa tiada lagi loji jana kuasa arang batu baharu akan diluluskan, dan loji terakhir dijangka tamat operasi menjelang 2044 bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil

Ini menjelaskan aspirasi Kerajaan untuk memperkukuh persaingan pasaran dan memperluas reformasi struktur ekonomi termasuk peningkatan gaji minimum, pengurangan kebergantungan kepada buruh asing murah serta usaha merapatkan jurang pengagihan pendapatan.

#KementerianEkonomiย 
#MADANIBekerjaย 
#taatsetia