- 2 views
"Idea Berani, Solusi Berintegriti"
Suara ARPA Kementerian Ekonomi Bil.4 Tahun 2026 telah berlangsung pada 20 April 2026.Kementerian Ekonomi memperkukuh Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melalui inisiatif Suara ARPA, sebuah platform berkala yang memfokuskan kepada kepimpinan berwibawa dan tadbir urus berkesan demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Matlamat sesi Suara ARPA adalah untuk membudayakan jiwa reformasi dalam setiap diri personel MySTEP dan mencungkil idea baharu melalui pengucapan awam kepada Chief Reform Officer dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi.
#ARPA
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#IdeaBeraniSolusiBerintegriti
#ARPAKementerianEkonomi

