Kepimpinan bukan semata-mata tentang jawatan atau kedudukan, tetapi tentang kebijaksanaan (๐˜„๐—ถ๐˜€๐—ฑ๐—ผ๐—บ), ilmu pengetahuan (๐ค๐ง๐จ๐ฐ๐ฅ๐ž๐๐ ๐ž) dan nilai (๐ฏ๐š๐ฅ๐ฎ๐ž๐ฌ) yang menjadi pegangan dalam membuat keputusan serta memimpin perubahan.

Perkara ini antara penekanan YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, ketika menyertai Forum iFUTURE 2026 sebagai panelis bagi sesi โ€œ๐•๐จ๐ข๐œ๐ž๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐“๐จ๐ฆ๐จ๐ซ๐ซ๐จ๐ฐ: ๐€ ๐‚๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐จ๐ง ๐‹๐ž๐š๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐š๐ง๐ ๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ข๐ง๐ โ€ pada 12 Oktober 2026 (Isnin).

Menurut beliau, seseorang tidak semestinya perlu memegang jawatan untuk menjadi pemimpin. Apabila seseorang berpegang teguh kepada prinsip, memiliki nilai yang baik dan menunjukkan teladan melalui tindakan, kepercayaan serta pengaruh kepimpinan akan terbina dengan sendirinya.

Forum ini turut disertai YB Datoโ€™ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), dengan Datoโ€™ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai moderator.

Dalam menyentuh masa depan ekonomi dan pekerjaan, YB Menteri turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan pembaharuan struktur gaji, termasuk kenaikan gaji minimum dan keperluan memastikan graduan serta pekerja berkemahiran menerima ganjaran yang setimpal dengan kelayakan, kemahiran dan sumbangan mereka.

Seiring aspirasi RMK13 dan Belanjawan 2027, usaha meningkatkan pendapatan pekerja perlu disokong oleh peningkatan produktiviti, pembangunan bakat serta penciptaan lebih banyak pekerjaan berkualiti supaya kemajuan ekonomi dapat diterjemahkan kepada peluang kerjaya dan kehidupan yang lebih baik.

Masa depan negara memerlukan generasi muda yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi memiliki kebijaksanaan, integriti dan prinsip yang teguh untuk memimpin perubahan.

Kerana kepimpinan sebenar bukan ditentukan oleh jawatan yang disandang, tetapi oleh nilai yang dipegang dan kepercayaan yang dibina.

#KementerianEkonomi

#MADANIBekerja

#taatsetia

ย