- 2 views
PUTRAJAYA, 6 Oktober 2026 — YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, bersama YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan KL20 Bil. 1/2026 bagi menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan KL20 serta memperkukuh penyelarasan pembangunan ekosistem syarikat pemula negara.
Antara fokus utama mesyuarat ialah pencapaian inisiatif KL20, hasil kejayaan penganjuran KL20@Penang dan KL20@Johor, persediaan menuju KL20@Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2026, serta penjajaran Pelan Tindakan KL20 dengan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2.0.
Setakat 30 September 2026, sebanyak 5,016 syarikat pemula telah berdaftar, manakala 1,609 syarikat pemula aktif baharu direkodkan sejak pelaksanaan KL20. Usaha seterusnya memberi tumpuan kepada pengukuhan pembiayaan, bakat, inovasi, akses pasaran dan pengantarabangsaan bagi meningkatkan daya saing ekosistem startup Malaysia.
Pelaksanaan KL20 diteruskan melalui pendekatan whole-of-nation, dengan penyelarasan dasar dan intervensi merentas kementerian serta agensi bagi membina ekosistem syarikat pemula dan modal teroka yang lebih kukuh, berdaya saing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Mesyuarat turut dihadiri YB Dato’ Sri Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi; YBhg. Datuk Seri Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi; dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, bersama wakil kementerian dan agensi yang terlibat dalam ekosistem berkaitan.
#KL20 #KementerianEkonomi
#StartupMalaysia #EkonomiMADANI

