Unit Pengurusan Psikologi bersama Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Program Intervensi Minda dan Emosi (PRIME): Terapi Seni pada 7 hingga 9 September 2026 (Isnin hingga Rabu) bertempat di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Program ini telah di sertai oleh 20 orang pegawai Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Program Intervensi Minda dan Emosi (PRIME); Terapi Seni dianjurkan sebagai pendekatan terapeutik berasaskan Seni kreatif untuk membantu individu mengurus emosi, meredakan tekanan, dan meningkatkan kesihatan mental. Menerusi ekspresi seni, program ini menyediakan platform selamat untuk peserta meneroka serta memahami keadaaan emosi kendiri secara bebas dan positif.

Program ini juga dapat membantu peserta meluahkan perasaan, tekanan, atau trauma yang sukar diungkapkan secara lisan melalui media visual dan lukisan.

Dalam pada itu, terapi ini membantu peserta mengenali, memahami, dan memproses punca emosi negatif serta tindak balas mental mereka.

Adalah diharapkan, program ini dapat menenangkan sistem saraf, meredakan ketegangan fikiran, dan memupuk rasa tenang. Bahkan, membekalkan peserta dengan strategi pengurusan emosi dan krisis secara sihat menerusi kreativiti.

#KementerianEkonomi

#RancakkanMADANI

#Taatsetia

#PRIME