- 2 views
INANAM, SABAH – Pembangunan bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi sebuah komitmen yang mesti dirasai manfaatnya secara langsung oleh rakyat.
Pada 11 September 2026, Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, turun padang meninjau impak siapnya Projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) Menaik Taraf Jambatan Kayu kepada Jambatan Separa Konkrit di Kampung Kalansanan, Inanam, Sabah.
Siri lawatan pemantauan ini adalah bukti ketegasan Kementerian Ekonomi dalam memastikan setiap ringgit dana awam diterjemahkan kepada kemudahan yang selamat, berkualiti, dan mematuhi garis masa demi kesejahteraan komuniti setempat.
Fakta & Impak Projek IKR Kampung Kalansanan:
Jambatan sepanjang 70 meter (200 kaki) kini berwajah baharu demi keselamatan dan keselesaan mobiliti penduduk. Dijayakan menerusi peruntukan RM199,508 dan disiapkan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) awal tahun ini.
Komitmen pusat amat jelas apabila Sabah menerima agihan tertinggi sebanyak RM582.29 juta membabitkan 2,301 projek, daripada keseluruhan RM1.52 bilion (8,069 projek kecil IKR) di seluruh negara sejak 2023.
Mendengar suara dan nadi di peringkat akar umbi, Kementerian Ekonomi memberi jaminan bahawa program pemerkasaan prasarana kecil melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) akan terus dikekalkan dalam unjuran Bajet 2027 dan bagi negeri Sabah keutamaan akan diberikan untuk naik taraf titi kayu ini demi keselamatan anak-penduduk di Sabah.
Melalui platform IKR, rakyat memegang kuasa untuk memohon terus projek infrastruktur awam kecil—seperti jalan kampung, jambatan, saliran, dan dewan komuniti—secara telus dan terus kepada kerajaan demi pembangunan yang inklusif.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#InisiatifKemudahanRakyat #IKR2027
#PembangunanRakyat #SabahMajuJaya

