- 1 view
Bahagian Tenaga, Kementerian Ekonomi telah mengambil bahagian dalam Energy Regulatory Insights (ERI) 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 9 September 2026 dengan tema Energy Reform, Powering Growth. ERI 2026 anjuran Suruhanjaya Tenaga ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.
Dr. Afiza Idris, Pengarah Bahagian Tenaga, telah menyampaikan ucaptama khas bertajuk Malaysia’s Energy Transition Progress and Economic Transformation Agenda. Ucaptama tersebut mengetengahkan kemajuan dan keutamaan peralihan tenaga negara serta penjajarannya dengan agenda transformasi ekonomi Malaysia.
Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Timbalan Pengarah II Bahagian Tenaga, turut tampil sebagai ahli panel dalam sesi Benchmarking Malaysia’s Energy Transition Progress. Sesi tersebut membincangkan kemajuan Malaysia berbanding amalan serantau dan antarabangsa serta mekanisme sokongan bagi memperkukuh kecemerlangan kawal selia.
Sementara itu, Encik Aszmy Mahmood Yusof Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, telah bertindak sebagai moderator bagi sesi Powering Growth Through Energy Reform. Perbincangan memberi tumpuan kepada peranan reformasi tenaga dalam menyokong pertumbuhan ekonomi, memperkukuh keyakinan pelabur dan mengambil kira pengalaman pelaksanaan di peringkat antarabangsa.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Ekonomi dalam memastikan agenda peralihan tenaga dilaksanakan secara terancang serta selaras dengan keutamaan pembangunan ekonomi negara.
#KementerianEkonomi
#ERI2026
#MADANIBekerja
#TaatSetia

