Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), Mr. Tetsuya Watanabe di Kementerian Ekonomi, Putrajaya.

Perbincangan utama memfokuskan kepada kajian ERIA mengenai Strategi Stok Simpanan Minyak Serantau ASEAN.

Krisis geopolitik semasa mengingatkan kita bahawa keterjaminan tenaga tidak boleh dipandang remeh.

Malaysia juga tidak terkecuali menyemak semula keperluan bekalan petroleum negara di samping terus menyokong rangka kerja serantau seperti ASEAN Framework Agreement on Petroleum Security (AFAPS).

Kerjasama serantau yang berkesan sentiasa bermula daripada kesiapsiagaan nasional yang kukuh.

#KementerianEkonomi

#MADANIBekerja

#taatsetia #ASEAN #ERIA

#KeterjaminanBekalanPetroleum