- 2 views
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi turut mengambil peluang meninjau perkembangan pembinaan Program Residensi Rakyat (PRR) di Larkin, Johor Bahru bagi mendapatkan status semasa pelaksanaan projek dan sebarang isu yang berbangkit.
Projek PRR Larkin melibatkan reka bentuk, pembinaan dan penyiapan 300 unit rumah pangsa (walk-up) berserta kerja-kerja berkaitan, dengan nilai kontrak sebanyak RM71.89 juta.
Sehingga 6 Ogos 2026, kemajuan fizikal projek adalah 1.83% berbanding jadual 1.71%, manakala kemajuan kewangan mencapai 2.08% berbanding jadual 1.81%, menunjukkan pelaksanaan projek berada di hadapan jadual. Projek ini dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Perumahan (BPJ), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
PRR Larkin turut menyediakan 296 unit standard dan 4 unit khusus OKU, serta dilengkapi kemudahan sokongan seperti surau, dewan dan gerai berdasarkan pelan konsep projek.
Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memastikan penyediaan perumahan rakyat dapat dilaksanakan secara terancang, berdaya huni dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Kementerian Ekonomi akan terus memberikan perhatian terhadap aspek perancangan pembangunan dan pemantauan pelaksanaan projek agar manfaat pembangunan dapat diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan Johor Bahru.
#KementerianEkonomi
#MADANIBekerja
#Taatsetia

