Tahniah diucapkan kepada Puan Siti Asiah Ahmad atas pelantikan beliau sebagai Ketua Perangkawan Malaysia yang ke-10, berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah telah menerima kunjungan hormat daripada beliau pada 16 Julai 2026 bagi membincangkan hala tuju strategik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pertemuan ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh ekosistem statistik negara agar lebih moden, responsif, dan diyakini.

Langkah ini amat penting dalam menyokong aspirasi Kementerian Ekonomi untuk memperkasa perancangan pembangunan negara berasaskan data dan bukti (data-driven).

Dengan pengalaman selama hampir 28 tahun Puan Siti Asiah dalam bidang statistik ekonomi, sosial, dan transformasi digital, Kementerian Ekonomi yakin DOSM akan terus memacu kecemerlangan sebagai institusi utama penyedia statistik rasmi negara.

Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas buat Puan Siti Asiah!

#KementerianEkonomi #MADANIBekerja

#taatsetia #DOSM

#StatistikNegara