- 1 view
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi mengambil peluang dalam lawatan kerja rasmi ke Perlis pada 10 Julai yang lepas meninjau perkembangan projek berimpak tinggi serta inisiatif pembasmian kemiskinan yang sedang membuahkan hasil di negeri tersebut. Antaranya ialah;
i) Hab Pelaburan Hijau & Halal: Meninjau kemajuan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) seluas 1,215 hektar. Projek mega ini bakal mentransformasi Perlis sebagai hab pelaburan industri hijau dan halal utama negara melalui taklimat khas oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
ii) Kejayaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR): Meninjau pelaksanaan program IPR INSAN (Mesin Layan Diri) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Ulu Pauh yang diusahakan oleh usahawan tempatan.
Program IPR INSAN terbukti berjaya meningkatkan taraf hidup golongan rentan, dengan usahawan di kawasan UniMAP dan Arau meraih jualan mencecah hampir RM8,000 sebulan melalui pembiayaan mesin di lokasi strategik. Hasil ini membuktikan inisiatif IPR telah membantu usahawan meningkatkan pendapatan.
Kementerian Ekonomi kekal komited mengimbangi pembangunan infrastruktur industri berskala besar dengan agenda pemerkasaan ekonomi rakyat demi kemakmuran yang terangkum.
#KementerianEkonomi
#MADANIBekerja
#taatsetia
#IPR
#CVIA

