Kerangka Keberhasilan Nasional merupakan kaedah perancangan sistematik yang memberi tumpuan kepada pencapaian outcome bagi memenuhi keperluan kumpulan sasar. Dalam hubungan ini, kerangka keberhasilan nasional akan dijajarkan dengan kerangka keberhasilan kementerian dan akan memastikan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan dapat meningkatkan prestasi keseluruhan pencapaian Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam ke arah mencapai matlamat negara.
Merupakan tanggungjawab bersama antara MEA dan semua kementerian / agensi awam. MEA berperanan sebagai pemantau peringkat nasional manakala kementerian/ agensi akan memantau kerangka keberhasilan peringkat kementerian yang menjadi penyumbang utama kepada kerangka keberhasilan peringkat nasional.
Kerajaan telah menetapkan pengukuran prestasi spesifik dan generik kepada semua kementerian bagi memastikan keberkesanan fungsi dan tanggungjawab kementerian berkenaan. Dalam hubungan ini, prestasi MEA diukur melalui:
- Pencapaian outcome nasional berdasarkan sasaran yang ditetapkan dalam dokumen RMLT
- Pencapaian pelaksanaan Janji Kerajaan
- Pencapaian petunjuk prestasi tahunan YB Menteri (MyMPI)
- Pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) tahunan pengurusan tertinggi
- Prestasi tahunan perbelanjaan pembangunan kementerian
- Pencapaian Indeks Akauntabiliti Sektor Awam
Pencapaian Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR)
*This content is only available in Bahasa Melayu
- 1090 views