YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah merasmikan Majlis Peluncuran Laporan 2024 ๐™€๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž๐™˜ ๐™Ž๐™ช๐™ง๐™ซ๐™š๐™ฎ๐™จ Malaysia pada 27 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Laporan yang diterbitkan oleh ๐™Š๐™ง๐™œ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ ๐™›๐™ค๐™ง ๐™€๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž๐™˜ ๐˜พ๐™ค-๐™ค๐™ฅ๐™š๐™ง๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ ๐™–๐™ฃ๐™™ ๐˜ฟ๐™š๐™ซ๐™š๐™ก๐™ค๐™ฅ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ (OECD) ini adalah edisi keempat OECD tentang Malaysia dengan penyelarasan oleh Kementerian Ekonomi serta kerjasama kementerian dan agensi berkaitan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, diikuti ucapan dan pembentangan mengenai laporan berkenaan oleh Dr. Luiz de Mello, Pengarah Cawangan Kajian Negara, Bahagian Ekonomi, OECD.

YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi kemudiannya menyampaikan ucaptama dan menyempurnakan peluncuran Laporan 2024 OECD Economic Surveys Malaysia yang bertemakan โ€œ๐™ˆ๐™–๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™ž๐™˜๐™ง๐™ค, ๐™Ž๐™ข๐™–๐™ก๐™ก, ๐™–๐™ฃ๐™™ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™ช๐™ข ๐™€๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ฅ๐™ง๐™ž๐™จ๐™š๐™จ ๐™–๐™ฃ ๐™€๐™ฃ๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™š ๐™ค๐™› ๐™‚๐™ง๐™ค๐™ฌ๐™ฉ๐™โ€.

Laporan ini terdiri daripada empat bahagian utama: (i) Perkembangan makroekonomi dan cabaran dasar; (ii) Ke arah pertumbuhan yang lebih inklusif; (iii) Menangani cabaran iklim; dan (iv) Menjadikan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana sebagai pemacu pertumbuhan.

Turut hadir, YBhg. Datoโ€™ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), TYT Karima El Korri, Koordinator Residen PBB (RC) untuk Malaysia, pegawai OECD serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi, kementerian/agensi, pertubuhan antarabangsa dan dewan-dewan perniagaan.

Untuk muat turun Laporan 2024 ๐™€๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž๐™˜ ๐™Ž๐™ช๐™ง๐™ซ๐™š๐™ฎ๐™จ Malaysia boleh layari laman sesawang OECD di pautan https://www.oecd.org/en/publications/oecd-economic-surveys-malaysia-2024_e45ca31a-en.html