- 21 views
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah merasmikan Majlis Peluncuran Laporan 2024 ๐๐๐ค๐ฃ๐ค๐ข๐๐ ๐๐ช๐ง๐ซ๐๐ฎ๐จ Malaysia pada 27 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Laporan yang diterbitkan oleh ๐๐ง๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ ๐๐ค๐ง ๐๐๐ค๐ฃ๐ค๐ข๐๐ ๐พ๐ค-๐ค๐ฅ๐๐ง๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ ๐๐ฃ๐ ๐ฟ๐๐ซ๐๐ก๐ค๐ฅ๐ข๐๐ฃ๐ฉ (OECD) ini adalah edisi keempat OECD tentang Malaysia dengan penyelarasan oleh Kementerian Ekonomi serta kerjasama kementerian dan agensi berkaitan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, diikuti ucapan dan pembentangan mengenai laporan berkenaan oleh Dr. Luiz de Mello, Pengarah Cawangan Kajian Negara, Bahagian Ekonomi, OECD.
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi kemudiannya menyampaikan ucaptama dan menyempurnakan peluncuran Laporan 2024 OECD Economic Surveys Malaysia yang bertemakan โ๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐ข๐๐๐ง๐ค, ๐๐ข๐๐ก๐ก, ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ช๐ข ๐๐ฃ๐ฉ๐๐ง๐ฅ๐ง๐๐จ๐๐จ ๐๐ฃ ๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐ ๐ค๐ ๐๐ง๐ค๐ฌ๐ฉ๐โ.
Laporan ini terdiri daripada empat bahagian utama: (i) Perkembangan makroekonomi dan cabaran dasar; (ii) Ke arah pertumbuhan yang lebih inklusif; (iii) Menangani cabaran iklim; dan (iv) Menjadikan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana sebagai pemacu pertumbuhan.
Turut hadir, YBhg. Datoโ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), TYT Karima El Korri, Koordinator Residen PBB (RC) untuk Malaysia, pegawai OECD serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi, kementerian/agensi, pertubuhan antarabangsa dan dewan-dewan perniagaan.
Untuk muat turun Laporan 2024 ๐๐๐ค๐ฃ๐ค๐ข๐๐ ๐๐ช๐ง๐ซ๐๐ฎ๐จ Malaysia boleh layari laman sesawang OECD di pautan https://www.oecd.org/en/publications/oecd-economic-surveys-malaysia-2024_e45ca31a-en.html