- 65 views
Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya di Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis. Majlis ini disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis.
SLU RMK13 merupakan inisiatif penting Kerajaan dalam menyebarluaskan maklumat serta mengenal pasti isu dan cabaran berkaitan pembangunan sosioekonomi. Ia juga bertujuan untuk mengumpul maklum balas dan cadangan bagi memperkasa keperluan pembangunan di setiap negeri.
Selepas sesi bersama Kerajaan Negeri Perlis, program diteruskan dengan sesi MADANI MENDENGAR di Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar. Program ini memberi peluang kepada rakyat Perlis untuk berdialog secara langsung dengan YB Rafizi Ramli dan berkongsi pandangan serta cadangan mereka.
Orang ramai dijemput menyuarakan pendapat dan cadangan melalui laman web rasmi RMK13 di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/