Carta Organisasi:
Unit Pangkalan Data Utama (PADU)
Hubungi Kami:
Pengarah
Unit Pangkalan Data Utama (PADU)
Kementerian Ekonomi
Menara Prisma
No.26, Persiaran Perdana, Presint 3
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : -
Objektif PADU
- Pengukuhan kedudukan fiskal melalui pelaksanaan dasar secara bersasar
- Penghasilan analitik secara berkala (mengikut frekuensi) bagi tujuan penggubalan dasar
- Digitalisasi tanpa ketirisan dan pembaziran
Fungsi Unit PADU
- Merancang, membangun dan mengurus Pangkalan Data Utama (PADU) melalui pengintegrasian data pentadbiran secara berterusan dengan pelbagai agensi dan pengemaskinian daripada rakyat.
- Merancang, membangun dan mengurus Pangkalan Data Utama (PADU) melalui pengintegrasian data pentadbiran secara berterusan dengan pelbagai agensi dan pengemaskinian daripada rakyat.
- Merancang dan mengurus perkhidmatan perkongsian dan analitik data PADU kepada agensi kerajaan untuk rujukan dan kegunaan Kerajaan dalam perancangan dan pelaksanaan program berkaitan.
- Merancang, membangun dan mengurus infrastruktur ICT, termasuk keselamatan, capaian, dan prestasi sistem PADU.
- Merancang dan mengurus hal ehwal komunikasi, publisiti, dan hebahan berkaitan PADU.
- Merancang dan mengurus keperluan, bajet, perolehan, aset dan sumber manusia bagi menyokong pengoperasian PADU.
- Mengesahkan penerimaan permohonan perkongsian data PADU dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Menyemak permohonan perkongsian data PADU dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semua dokumen lengkap.
- Memberi maklum balas keputusan kelulusan permohonan perkongsian data PADU kepada agensi pemohon dalam tempoh 60 hari bekerja daripada akuan penerimaan dokumen lengkap.
- Menyediakan dokumen Nota Kerjasama/Memorandum Persefahaman perkongsian data PADU untuk ditandatangani oleh agensi pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja selepas kelulusan permohonan.
- Melaksanakan perkongsian data PADU seperti yang diluluskan dalam tempoh 14 hari selepas Nota Kerjasama/Memorandum Persefahaman perkongsian data PADU ditandatangani.
- 8871 views

