Carta Organisasi:
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam.pdf
Hubungi Kami:
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Kementerian Ekonomi,
Tingkat 7, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana
Presint 3,
62675 PUTRAJAYA
No. Tel. : 03-80902261
Latar Belakang
- Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam (BKKA) ditubuhkan pada 26 Jun 2007 selaras dengan keputusan Penjenamaan semula EPU
- Punca Kuasa :
- Pekeliling Am Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13.
- Arahan Kabinet untuk melaksanakan projek tertentu (dari masa ke semasa).
- Perkeliling am Bil. 2 Tahun 1990. Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan Kos Bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (JPPN).
- Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996; dan
- Pekeliling dan Surat Perkeliling Perbendaharaan dan Perkhidmatan dan Arahan Pentadbiran.
Objektif
- Merancang dan merangka dasar strategi, polisi, program dan projek pembangunan sektor keselamatan dan sektor pentadbiran am
- Menyemak dan menyediakan peruntukan pembangunan bagi program / projek sektor keselamatan dan sektor pentadbiran am dalam tempoh rancangan Malaysia.
- Memantau kemajuan dan mengkaji isu berbangkit semasa pelaksanaan program dan projek serta mengenal pasti penambahbaikan strategi / program / projek sedia ada.
Fungsi Utama
- Merancang, menyelaras, mengawal dan merangka dasar belanjawan untuk pembangunan sektor keselamatan.
- Merangka dasar perancangan sektoral dan pembangunan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Dan Kajian Separuh Penggal untuk pembangunan sektor keselamatan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sektor keselamatan untuk kelulusan Kabinet dan Parlimen bagi pembangunan keselamatan.
- Menyelaras program pembangunan dan pemeriksaan belanjawan untuk agensi di bawah sektor keselamatan.
Pelanggan
Secara langsung
- Jemaah Menteri
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Dalam Negeri
- Jabatan Perdana Menteri
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Secara tidak langsung
- Orang Awam
- Syarikat Swasta
Bahagian Keselamatan dan Kententeraman Awam berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dalam bidang pengkhususan iaitu sektor keselamatan dan pertahanan selaras dengan budaya kerja cemerlang yang menjadi amalan dan pegangan kami ;
- Kami akan berusaha untuk menyediakan rangka Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh masa yang ditetapkan;
- 23096 views

