Carta Organisasi:
Bahagian Unit Audit Dalam
Hubungi Kami:
Unit Audit Dalam,
Kementerian Ekonomi,
Aras 2, Block F11, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 W.P Putrajaya.
Penubuhan Unit Audit Dalam adalah ditetapkan melalui kehendak Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PS 3.1 (Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) dan surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 5 Mei 2009. Unit Audit Dalam menjalankan tugas secara bebas dan berperanan untuk membantu pihak pengurusan memantapkan lagi akauntabiliti, tadbir urus dan integriti dengan memberikan kepastian yang munasabah melalui Laporan Audit yang objektif. Selain itu, Unit Audit Dalam juga memberikan khidmat perundingan kepada Auditi melalui ceramah/bengkel bagi mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan tadbir urus organisasi serta perbelanjaan secara berhemat.
Maklumat Perkhidmatan
Unit Audit Dalam, Kementerian Ekonomi adalah bertanggungjawab untuk:
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
- Mengkaji tahap kepatuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
- Mengkaji program/aktiviti diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
- Mengkaji aset dan kepentingan dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
- Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua prosedur operasi dan sistem aplikasi ICT;
- Melaporkan hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan.
- Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada Standard Pengauditan Antarabangsa;
- Rancangan Tahunan Audit Dalam hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa; dan
- Laporan Tahunan Audit Dalam hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya.
- 3670 views