Carta Organisasi:
Carta BEASSA BM .pdfHubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli
Kementerian Ekonomi
Aras 2, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-80902515
Faks : 03-88884323
Latar Belakang
Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli atau SEASSA, adalah seksyen yang ditubuhkan mengikut keputusan waran A106 dan A110 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa Jun 2003 di bawah Bahagian Perancangan Makro, Unit Perancang Ekonomi. Sebelum ini, SEASSA adalah merupakan salah satu sub-seksyen di Seksyen Ekonomi Wilayah dan Alam Sekitar (SEW&AS).
Pembangunan mampan melibatkan pembangunan sosio-ekonomi yang mendatangkan impak minima ke atas alam sekitar dengan menggunakan sumber secara optima bagi memastikan hak generasi yang akan datang. Justeru, penubuhan SEASSA adalah bagi memastikan perancangan pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan melalui penggubalan dasar dan perancangan pembangunan yang seimbang dan efektif dengan mengambilkira kepentingan ketiga-tiga dimensi pembangunan mampan seperti ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ini adalah untuk menyokong pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020 dan pada masa yang sama memastikan penekanan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi yang dapat menjamin kualiti alam sekitar yang baik secara berterusan dan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat kepada rakyat. SEASSA berperanan sebagai focal point di EPU dalam menggalakkan pertumbuhan mampan melalui pendekatan pertumbuhan hijau yang memastikan semua sektor ekonomi mengambilkira kepentingan alam sekitar, kemampanan sumber asli dan daya tahan yang tinggi dalam perancangannya.
Seterusnya, SEASSA juga menilai keperluan dan keberkesanan serta memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi memastikan ia mencapai objektif pembangunan mampan negara. Bagi menyokong inisiatif kementerian/agensi, SEASSA juga mengambil peranan proaktif khususnya dalam pelaksanaan kajian-kajian strategik yang dapat membawa negara ke arah pembangunan mampan dan seterusnya mengukuhkan institusi dan kapasiti bagi menangani isu-isu alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan peranan dan tanggungjawab SEASSA dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan, struktur organisasi SEASSA dibahagikan kepada lima sub-sektor utama seperti berikut:
- Pengurusan Alam Sekitar;
- Pengurusan Sumber Asli;
- Pengurusan Sumber Air;
- Pengurusan Tanah, Ukur Sempadan dan Marin;
- Pembangunan Mampan
Objektif
- Mencapai matlamat perlindungan alam sekitar secara berkesan dengan menggalakkan penggunaan sumber asli secara optima dan mengurangkan impak negatif aktiviti pembangunan ke atas alam sekitar;
- Mewujudkan satu campuran dasar, amalan dan teknologi yang bersesuaian untuk memastikan pembangunan sosio-ekonomi yang yang mengambilkira kepentingan perlindungan alam sekitar;
- Meningkatkan penggunaan dasar fiskal dan menggalakkan penggunaan instrumen berasaskan pasaran;
- Memperkukuhkan mekanisme institusi, perundangan dan peraturan berkaitan bagi menyepadukan pertimbangan alam sekitar dalam perancangan pembangunan dan menangani isu alam sekitar dan pengagihan sumber
- Mengawasi dan menyertai perundingan alam sekitar di peringkat antarabangsa untuk memastikan kepentingan negara tidak dikompromi
Fungsi Utama
- Memantau dan memudahcara pelaksanaan projek-projek pembangunan sumber asli dan alam sekitar yang melibatkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC);
- Mempromosi dan membangunkan polisi/pelan/program berkaitan ekonomi alam sekitar dan sumber asli supaya selari dengan objektif pembangunan mampan;
- Menjalankan kajian berkenaan instrumen ekonomi berkaitan alam sekitar dan sumber asli untuk meneliti kebolehupayaan instrumen perancangan untuk diadaptasikan dalam perundangan alam sekitar;
- Merancang, menyelaras dan memudahcara serta memantau pelaksanaan program-program bantuan dua hala dan pelbagai hala serta program bantuan teknikal serantau berkaitan ekonomi alam sekitar dan sumber asli (tidak termasuk program di bawah biayaan GEF);
- Bertindak sebagai focal point bagi High Level Political Forum (HLPF) on Sustainable Development dan seterusnya menyelaras isu-isu antarabangsa yang berkaitan dengan pembangunan mampan,bina upaya dan pengukuhan institusi;
- Menyertai perundingan alam sekitar dan sumber asli di peringkat antarabangsa berkaitan pembangunan mampan, perubahan iklim dan biodiversiti seperti konvensyen alam sekitar seperti HLPF, United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), United Nations Convention on Biological Diversity (UNCBD) dan United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) untuk memastikan kepentingan ekonomi negara tidak dikompromi;
- Memudahcara serta menilai pelaksanaan program dan projek yang melibatkan komitmen negara di peringkat antarabangsa dan nasional serta perjanjian pelbagai hala seperti perundingan/ persidangan/ mesyuarat yang berkaitan dengan isu-isu pengurusan alam sekitar dan sebagainya ke arah mencapai pembangunan mampan;
- Menyelaras perundingan antara agensi-agensi persekutuan dan negeri dalam membuat keputusan yang lebih baik berkaitan isu-isu ekonomi alam sekitar dan pengurusan sumber semulajadi;
- Menyediakan dan menyelaras ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri, menyelaras maklumbalas kepada keputusan Jemaah Menteri/ Menteri/Majlis-majlis yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar dan sumber asli;
- Menyediakan dan menyelaras kertas dasar, kertas makluman, nota iktisar dan slaid persembahan mengenai pembangunan alam sekitar dan sumber asli dari aspek ekonomi;
Menjalankan kajian mengenai isu berkaitan alam sekitar untuk analisis bagi perancangan pembangunan mampan negara; dan - Bekerjasama dengan jabatan, agensi dan organisasi bukan kerajaan dalam mengadakan kajian, seminar dan dialog mengenai isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber asli.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Merancang dan melaksanakan kajian mengenai isu alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli dengan teliti, prihatin dan cekap selaras dengan matlamat kajian dalam tempoh masa ditetapkan;
- Menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi mengurus alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli ke arah mencapai pembangunan mampan dan lestari;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/ Menteri dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan berkaitan dengan isu-isu pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli secara profesional.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
- 26801 views