Tafsiran istilah "Penyelidik" merujuk kepada seseorang warganegara asing atau warganegara Malaysia daripada institut dan/atau organisasi luar negara yang mengkaji secara sistematik dan objektif sesuatu perkara atau masalah. Harapan terhadap penyelidikan tersebut akan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman dalam bidang berkenaan.
Maklumat-maklumat berkaitan mekanisma perlaksanaan penyelidikan di Malaysia adalah seperti dibawah ini :
►Sistem Online Researcher Information DataBase 2.0 (oriDB 2.0)
PENAFIAN
Perhatian kepada semua penyelidik yang ingin mengakses sumber biologi dan pengetahuan tradisional yang berkaitan dengan sumber biologi di Semenanjung Malaysia
Dimaklumkan bahawa Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] sedang dikuatkuasakan mulai 18 Disember 2020. Selain daripada memohon kelulusan daripada Kementerian Ekonomi, penyelidik diminta untuk mengikuti prosedur am berkenaan dengan Akta 795:
1) Semak sama ada sumber tersebut termasuk dalam skop Akta;
2) Kenal pasti Pembekal Sumber yang sah;
3) Mematuhi undang-undang bertulis lain;
4) Memeterai perjanjian perkongsian faedah (jika penyelidikan bertujuan untuk tujuan komersial); dan
5) Permohonan Permit kepada Pihak Berkuasa Kompeten (CA) yang berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel hello@myabs.gov.my atau layari https://www.myabs.gov.my/
Bil. | Tajuk | Dokumen |
---|---|---|
1 | Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1999 | Muat Turun |
2 | Surat Pekeliling Am Bil.2 Tahun 2011 : Pindaan Kepada Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1999 | Muat Turun |
3 | Nota Penjelasan ke atas isu-isu Sensitif | Muat Turun |
4 | Perkara Penting Untuk Perhatian | Muat Turun |
5 | Peraturan-peraturan bagi menjalankan penyelidikan di Malaysia : | |
Peraturan Permohonan | Muat Turun | |
Pemprosesan Permohonan | Muat Turun | |
Pass Kajian dan Perlaksanaan Kajian | Muat Turun | |
Prosedur untuk menyambung permit kajian | Muat Turun | |
Bayaran Yuran Penyelidikan | Muat Turun | |
Tamat Penyelidikan | Muat Turun | |
Maklumat untuk dihubungi | Muat Turun | |
6 | Senarai Semak Warganegara Asing | Muat Turun |
7 | Senarai Semak Warganegara Malaysia | Muat Turun |
8 | Tata kelakuan Penyelidik di Malaysia | Muat Turun |
9 | Garis Panduan untuk Pengumpulan dan Pengagihan Spesimen | Muat Turun |
10 | Peranan dan Tanggungjawab Rakan Saing | Muat Turun |
11 | Carta Aliran : Aktiviti yang terlibat dalam permohonan untuk menjalankan Kajian di Malaysia | Muat Turun |
12 | Senarai Tajuk Laporan Akhir Penyelidikan yang ada di dalam simpanan UPE (Untuk Rujukan Sahaja) | Muat Turun |
13 | Carta Aliran : Mendapatkan Pass Lawatan Profesional daripada Jabatan Imigresen Malaysia | Muat Turun |
- 9734 views