Carta Organisasi:

Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi
Kementerian Ekonomi
Aras 3, Quadran 4 , Menara Prisma
No.26 Persiaran Perdana, Presint 3 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
Tel. No. : 03-80902401
Fax : 03-88883644

Latar Belakang

Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah eksport dan kedua terbesar kepada KDNK. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan bahagian penting dalam ekonomi dari segi pengeluaran, pembentukan pekerjaan dan memudahkan pengagihan pendapatan yang saksama. Dalam agenda pembangunan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara terutamanya dalam sektor pembuatan dan PKS, bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) memainkan peranan yang penting.

Objektif

Bahagian Industri Pembuatan, Sains & Teknologi bertanggungjawab dalam merancang dan merangka dasar, strategi dan program untuk sektor pembuatan, bidang STI dan pembangunan PKS untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan Malaysia kekal di landasan untuk menjadi negara maju dan inklusif.

Fungsi Utama

  • Merangka, merancang dan mengkaji dasar, strategi dan program pembangunan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi dalam meneraju pertumbuhan ekonomi negara;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku program/projek pembangunan bagi Kementerian dan agensi berkaitan dalam pembangunan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi;
  • Memantau dan mengkaji semula pelaksanaan dasar, strategi dan program/projek pembangunan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi;
  • Menjalankan kajian penyelidikan untuk penyediaan profil dan laporan pengembangan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi; dan
  • Menjadi focal point dalam pelaksanaan Revolusi Perindustrian Keempat merentasi semua Kementerian dan agensi.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor Pembuatan, PKS, serta sains dan teknologi secara proaktif, profesional dan berkesan;
  • Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku program/projek pembangunan di bawah Sektor Pembuatan, PKS, Sains dan Teknologi sektor selaras dengan dokumen penyediaan dokumen Lima Tahun Pembangunan dan Kajian Separuh Penggal untuk Lima Tahun Pembangunan Rancangan;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baharu dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/agensi;
  • Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan belanjawan untuk program/projek pembangunan yang diluluskan di bawah Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Lima Tahun;
  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Majlis-majlis yang terdiri daripada Kementerian Ekonomi dalam sektor Pembuatan, PKS serta Sains dan Teknologi dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan;
  • Menjawab semua pertanyaan berkaitan sektor Pembuatan, PKS serta Sains dan Teknologi dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun; dan
  • Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung dengan permohonan melaksanakan projek untuk sektor Pembuatan, pembangunan PKS serta Sains dan
  • Teknologi kepada pihak pengurusan Kementerian Ekonomi dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan selamat.