Carta Organisasi:
Bahagian Industri Perkhidmatan

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Industri Perkhidmatan
Kementerian Ekonomi
Aras 1, Menara Prisma, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8000 8000
Faks : 03-8090 2500

Latar Belakang

Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) ditubuhkan pada 1 Ogos 2007 dengan tujuan untuk memberikan lebih perhatian kepada pembangunan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Objektif

BIP bertanggungjawab merancang dan merangka dasar, strategi dan program/projek pembangunan sektor perkhidmatan dalam usaha mengukuhkan sektor ini sebagai sektor peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Dalam mencapai objektif ini, enam unit telah ditubuhkan iaitu:

  • Makro Dan Perkhidmatan Kewangan
  • Perkhidmatan Logistik,  Perdagangan Pengedaran Dan Dasar Persaingan
  • Sektor Ketiga Dan Industri Halal
  • Pelancongan, Seni Dan Budaya
  • Perkhidmatan Global, Perdagangan Multilateral Dan Bilateral Dan Amalan Baik Peraturan
  • Kesihatan Swasta, Pendidikan Swasta, Pembinaan Dan Perkhidmatan Profesional

Fungsi Utama

  • Merancang, merangka dasar, strategi serta program/projek pembangunan sektor perkhidmatan.
  • Menjalankan penyelidikan ekonomi dan risikan intelek.
  • Menilai dan memperaku peruntukan perbelanjaan pembangunan.
  • Memantau pelaksanaan dasar, strategi, program/projek berdasarkan KPI/hasil.
  • Mengkaji semula dasar, strategi, program dan mencadangkan penyesuaian serta perubahan.

BIP berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor perkhidmatan secara produktif, profesional dan berkesan;
  • Menyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkesan dan berkualiti;
  • Menilai dan memperaku peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi program/projek selaras dengan garis masa Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
  • Memantau dan menilai program/projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal;
  • Menyediakan ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh tiga hari dari tarikh penerimaan; dan
  • Menyelaras dan menjawab pertanyaan Parlimen berkaitan sektor perkhidmatan secara tepat dan jelas.