Carta Organisasi:

Bahagian Pembangunan

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Pembangunan,
Kementerian Ekonomi,
Aras 2, Blok F11, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 W.P Putrajaya
No. Tel. : -
Faks : -

Visi

  • Pemacu kepada perkhidmatan pengurusan program dan projek pembangunan Kementerian Ekonomi

Misi

  • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program dan projek pembangunan Kementerian Ekonomi secara strategik

Objektif

  • Merancang dan mengawalselia pelaksanaan program dan projek pembangunan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Ekonomi agar berjalan lancar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  • Memantau dan menilai prestasi kewangan dan fizikal program dan projek pembangunan.
  • Menyelaras maklumat pelaksanaan projek-projek Kementerian di dalam Sistem MyProjek.

Fungsi Utama

  • Memastikan pelaksanaan fungsi Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Ekonomi yang teratur dan berkesan.
  • Memastikan urusan pentadbiran dan permohonan program dan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dilaksanakan mengikut tatakelola yang ditetapkan.
  • Menguruselia pelaksanaan program dan projek  pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) selaras dengan perancangan.
  • Melaksanakan pemantauan merangkumi lawatan kerja dan aktiviti intervensi ke atas program dan projek terpilih.
  • Memastikan pengurusan siling peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) yang cekap dan teratur.
  • Menguruselia permohonan, penggunaan dan pengemaskinian MyProjek oleh jabatan/agensi secara efisien.
  • Menyelaras penyediaan laporan pasca pelaksanaan dan penilaian outcome program/projek jabatan/agensi yang cekap dan berkesan.
  • Memastikan penyampaian perkhidmatan Bahagian Pembangunan yang berkualiti kepada pemegang taruh.