Carta Organisasi:
Bahagian Akaun
Hubungi Kami:
Bahagian Akaun,
Kementerian Ekonomi,
Aras 2, Blok F11,
Kompleks F,
Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
Bahagian Akaun ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dari aspek pengurusan kewangan, bayaran dan pungutan hasil kementerian secara keseluruhan. Ia terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu Seksyen Perakaunan Pengurusan, Seksyen Perundingan dan Pemantauan; dan Seksyen Perakaunan Kewangan.
Objektif
- Memastikan perkhidmatan perakaunan dan pengurusan maklumat kewangan dilaksanakan dengan cekap mengikut kehendak undang-undang, peraturan kewangan dan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang berkuatkuasa.
- Memastikan bayaran dan hasil diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
- Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik
Fungsi
- Menyedia maklumat dan laporan serta menyediakan analisis bagi membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan.
- Memastikan semua urusniaga Kementerian Ekonomi diperakaunkan dengan tepat dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan kepada PTJ serta memantau pelaksanaan sistem perakaunan di jabatan dan agensi.
- Melaksanakan pemantauan ke atas pengurusan dan perakaunan semua urusniaga selaras dengan peraturan kewangan dan piawaian perakaunan.
- Merancang dan melaksana program latihan perakaunan dan kewangan bagi memantapkan kemahiran dan meningkatkan kompetensi pegawai.
Kami bertekad untuk menguruskan perakaunan dan kewangan Kementerian Ekonomi secara profesional. Dalam melaksanakan tugas ini kami berjanji untuk menyempurnakan perkhidmatan seperti berikut:
- Membuat bayaran dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh peraku 2 Arahan Pembayaran di PTJ;
- Membuat bayaran gaji bulanan dan potongan gaji mengikut jadual tarikh yang ditetapkan;
- Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan Kementerian mengikut tarikh yang ditetapkan;
- Memberikan maklumbalas ke atas pertanyaan & aduan pelanggan dalam tempoh sehari dari tarikh ia diterima;
- Menyemak Dokumen Akaun Terimaan Bulanan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh dokumen diterima;
- Memproses baucar bayaran bagi pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima;
- Memproses permohonan kelulusan sistem perakaunan agensi yang telah dimuktamadkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima;
- 6014 views