Carta Organisasi
Carta Bahagian Perancangan Strategik
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Perancangan Strategik
Kementerian Ekonomi
Aras 5, Menara Prisma
No.26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 W.P Putrajaya
No. Tel : 03 - 8090 4090
Faks : 03 - 8090 2500
Latar Belakang
Bahagian Perancangan Strategik (BPSt) telah ditubuhkan pada Januari 2024, susulan daripada pengstrukturan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) kepada Kementerian Ekonomi. Bahagian Perancangan Strategik (BPSt) bertanggungjawab menguruskan perkara berkaitan dasar dan hal ehwal fungsi Kementerian Ekonomi sebagai sebuah kementerian. Manakala perkara berkaitan dasar yang melibatkan peranan Kementerian Ekonomi sebagai agensi pusat dan dilaksanakan oleh bahagian yang berkaitan.
Fungsi Utama
- Merancang dan Menyelaras Dasar Pembangunan Sosioekonomi Negara terutama penyediaan kerangka dokumen Rancangan Malaysia Lima Tahun;
- Menyedia dan mengemas kini Pelan Strategik Kementerian Ekonomi serta memantau pelaksanaan pelan dan pembudayaan nilai organisasi;
- Menyedia dan menyelaras Kertas, Maklum Balas dan Nota Intervensi bagi mesyuarat utama Kerajaan yang dihadiri oleh Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Ekonomi;
- Merancang dan menyelaras pengurusan perubahan selaras dengan Pelan Transformasi Kementerian Ekonomi;
- Merancang dan melaksana Program Pemukiman Hala Tuju dan KPI Kementerian;
- Menyedia, menyelaras dan memantau KPI:
- Minister’s Performance Indicator (MPI) melalui Sistem MyMPI berdasarkan Kerangka Strategik Malaysia Madani (KSMM);
- Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA), Pegawai Tier 1 hingga Tier 4 Kementerian Ekonomi; dan
- Demerit Performance Evaluation (DEEP).
- Menyelaras pelaksanaan dasar oleh agensi pusat, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi Pejabat Perdana Menteri (PACU) seperti berikut:
- Pelaksanaan Transformasi Perkhidmatan Awam;
- Penyelarasan Outcome Based Budgeting (OBB);
- Pelaporan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (i-PPA); dan
- Pemantauan Pelaksanaan Program Khas MADANI.
- Mengurus setia jawatankuasa berikut bagi menilai cadangan kajian kemungkinan dan hala tuju dasar berdasarkan hasil dan penemuan kajian:
- Jawatankuasa Induk Teknikal Kementerian; dan
- Jawatankuasa Induk Dasar Kementerian.
- Merancang kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penyelidikan berkaitan ekonomi, termasuk agensi tempatan seperti MIER, ISIS dan ASLI.
- Menyelaras lawatan dan kunjungan hormat daripada agensi dalam negara.
- 12050 views

