Carta Organisasi:
Bahagian Ekonomi Makro
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Ekonomi Makro
Kementerian Ekonomi
Aras 5, Menara Prisma, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8090 2280
Faks : 03-8090 2500
Latar Belakang
Sejak penubuhan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) pada tahun 1961, Bahagian Ekonomi Makro (BEM) bertanggungjawab menyediakan dasar dan strategi ekonomi makro serta unjuran jangka sederhana dan jangka panjang. Ini termasuklah Rancangan Pembangunan Lima Tahun negara hingga yang terkini iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020. Fokus utama adalah untuk menentukan hala tuju pertumbuhan ekonomi negara, sumber-sumber pertumbuhan ekonomi serta siling peruntukan pembangunan. SEM turut memberi khidmat nasihat kepada pihak berkepentingan dan agensi Kerajaan lain mengenai isu-isu semasa dan prospek ekonomi negara termasuklah penyediaan dokumen-dokumen Kerajaan seperti Blueprint Produktiviti Malaysia dan Blueprint Sektor Perkhidmatan di samping terlibat secara aktif dalam program bantuan teknikal kepada negara membangun lain.
Selain itu, BEM juga memainkan peranan yang aktif dalam mengendali dan menyampaikan taklimat perancangan dan pembangunan ekonomi negara, kedudukan semasa ekonomi negara dan menyediakan kertas-kertas isu tertentu. BEM juga diamanahkan untuk mentadbir pangkalan data ekonomi negara untuk kegunaan dalaman dan portal Kementerian Ekonomi.
Objektif
- Merangka dasar dan strategi ekonomi makro ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.
- Menyediakan rangka ekonomi makro (macroeconomic framework) bagi menentukan arah untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahap yang optimum dengan menggunakan sumber dalam dan luar negeri dengan cara yang berkesan.
- Memperakukan saiz perbelanjaan sektor awam dengan mengambil kira keupayaan sumber untuk melaksanakan dasar fiskal berhemat.
- Memantau keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan matlamat pembangunan jangka panjang.
Fungsi Utama
- Merangka dasar dan strategi pembangunan berhubung dengan pendapatan negara, keluaran negara, imbangan pembayaran dan akaun sektor awam;
- Membuat unjuran bagi pembolehubah utama ekonomi makro dalam tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk Rancangan Pembangunan Lima
- Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang;
- Menganalisa prestasi dan prospek ekonomi mengikut sektor pengeluaran dalam ekonomi;
- Mengkaji komponen-komponen jumlah permintaan agregat dalam negeri terutama dari segi penggunaan dan pelaburan;
- Mengenalpasti potensi dan sumber baru pertumbuhan ekonomi;
- Mengkaji dan meneliti perubahan struktur ekonomi negara;
- Memantau keberkesanan dasar fiskal, khususnya belanjawan sektor awam yang disatukan dan pembiayaan dan mengkaji perkembangan arah aliran sistem kewangan;
- Memantau dan mengikut perkembangan perdagangan luar negara, imbangan pembayaran dan pertukaran wang asing;
- Membuat analisa dan unjuran KDNK Negeri mengikut sektor;
- Memantau dan memastikan perkembangan harga dalam negeri dalam suasana stabil dan sederhana seperti yang dicerminkan oleh Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar;
- Menyelaras sistem pengesanan daya saing negara atau "Competitiveness Monitoring System' dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
- Mengemaskini portal Kementerian Ekonomi berkaitan dengan petunjuk-petunjuk utama ekonomi terkini;
- Menyediakan buku kecil tahunan "Malaysian Economy in Figures";
- Memantau kedudukan ekonomi dan petunjuk-petunjuk ekonomi terkini serta menyediakan kertas Kedudukan Semasa Ekonomi Negara untuk mesyuarat:
- Majlis Raja-Raja;
- Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan;
- Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri;
- Ketua Jabatan Persekutuan; dan
- Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan
- Menyediakan draf Titah Diraja Perasmian Penggal Parlimen, draf jawapan kepada pertanyaan Parlimen, ulasan kertas Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri;
- Menyedia dan menyampaikan taklimat pembangunan ekonomi Malaysia dan perkara yang berkaitan dengannya kepada Ketua-ketua Negara/ pegawai kanan/ pelawat negara asing/ tempatan dari semasa ke semasa;
- Menjadi urusetia bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia bagi Majlis Produktiviti Negara; dan
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dari semasa ke semasa.
Bahagian Ekonomi Makro (BEM) berazam untuk merangka dasar dan strategi ekonomi makro ke arah pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Dengan itu, BEM berikrar akan melaksanakan tugas secara objektif dan profesional dalam masa yang ditetapkan selaras dengan fungsi utama bahagian, iaitu:
- Merangka dasar dan strategi pembangunan serta membuat unjuran bagi pembolehubah utama ekonomi makro dalam tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang;
- Mengemaskini data utama ekonomi serta menganalisa prestasi dan prospek ekonomi mengikut sudut permintaan dan penawaran di samping meneliti perubahan struktur ekonomi negara;
- Memantau keberkesanan dasar fiskal, perdagangan luar negara, imbangan pembayaran dan pertukaran wang asing serta perkembangan harga dalam negeri;
- Mengenalpasti potensi dan sumber baru pertumbuhan ekonomi;
- Tugasan lain termasuk menyediakan:
- Buku kecil tahunan "Malaysian Economy in Figures";
- Kertas Kedudukan Semasa Ekonomi Negara untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja; Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan; Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri; Ketua Jabatan Persekutuan; dan Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan;
- Menyediakan draf Titah Diraja Perasmian Penggal Parlimen, draf jawapan kepada pertanyaan Parlimen, ulasan kertas Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
- Menyedia dan menyampaikan taklimat pembangunan ekonomi Malaysia dan perkara yang berkaitan dengannya kepada Ketua-ketua Negara/ pegawai kanan/ pelawat negara asing/ tempatan dari semasa ke semasa.
- 24629 views