Carta Organisasi:

BAHAGIAN KERJASAMA ANTARABANGSA

 

Hubungi Kami:

Pengarah
Bahagian Kerjasama Antarabangsa
Kementerian Ekonomi
Aras 2, Menara Prisma;
No. 26, Persiaran Perdana 
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-80902540
Faks : 03-80902500

Fungsi Utama

A. Kerjasama Antarabangsa

  • Merangka dasar dan program kerjasama teknikal daripada agensi bilateral dan multilateral seperti JICA, IDB, ADB, Bank Dunia, UNFPA dan OECD;
  • Pelaksanaan program kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan agensi multilateral serta penyertaan pegawai ke mesyuarat/persidangan yang dianjurkan oleh: OIC, Commonwealth Secretariat, ASEAN, ASEM, ESCAP, APEC, WEF, EU, OPEC dan lain-lain organisasi multilateral;
  • Merancang, memperaku dan memantau peruntukan belanja pembangunan (DE) projek di bawah seliaan Bahagian Perancangan Strategik dan Kerjasama Antarabangsa seperti sumbangan tahunan kepada badan-badan antarabangsa;
  • Menguruskan program kerjasama teknikal baharu dari agensi bilateral seperti China;
  • Pelaksanaan program kerjasama teknikal sedia ada daripada agensi bilateral dan sukarelawan seperti JICA, IDB dan ADB serta kerjasama teknikal baharu dan berpotensi seperti China dan Rusia;
  • Urusetia kepada Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi kerjasama Economic, Scientific, Technical and Cultural (ESTC);
  • Menyelaras kerjasama dengan pihak Development Partners dan Development Institutions seperti ADB, Northern Territory Australia, ASEAN Secretariat, GTZ, Republik Rakyat China dan Jepun;
  • Menyediakan nota percakapan/nota ikhtisar untuk YB Menteri / YB Timbalan Menteri/ pengurusan atasan UPE yang menghadiri mesyuarat/persidangan antarabangsa di dalam/luar negara yang melibatkan unit bilateral, multilateral dan rakan pembangunan; dan
  • Merangka dasar dan strategi kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan pihak UNDP, UNICEF serta memantau kerjasama tersebut melalui Mid Year Review Meeting dan Year-End.