Carta Organisasi:
Bahagian Kewangan
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Kewangan
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma, No.26, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8000 8000
Faks : 03-8090 2500
PENGENALAN
Bahagian Kewangan ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dari aspek pengurusan kewangan, perolehan, bayaran dan pungutan hasil di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi.
Objektif
- Merancang semua aktiviti Kewangan dan Perolehan berdasarkan peraturan kewangan semasa yang berkuatkuasa.
- Memastikan perkhidmatan perakaunan dan pengurusan maklumat kewangan dilaksanakan dengan cekap mengikut kehendak undang-undang, peraturan kewangan dan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang berkuatkuasa.
- Memastikan bayaran dan hasil diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
- Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik
Fungsi
- Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau penyediaan Bajet Mengurus Kementerian dan Agensi di bawah Kementerian Ekonomi (B.15), melaksana dan menyelia perbelanjaan mengikut dasar, arahan, peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
- Memproses semua kertas perakuan Bahagian/Jabatan/Agensi yang lengkap diterima ke Lembaga Perolehan/ Jawatankuasa Sebut Harga.
- Kelulusan berbelanja bagi Harta Modal, Luar Negara, Kelulusan Kadar, Perolehan dan Luar Pejabat di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi.
- Kawalan Urusan Pembayaran Gaji, Kontrak, Tuntutan dan Pesanan Tempatan.
- Kawalan Urusan Terimaan dan Hasil Kerajaan dan Akaun Amanah.
PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Kewangan akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti berasaskan kecekapan, ketepatan, kepantasan dan penuh berintegriti. Dalam hubungan ini, kami akan memastikan perkara-perkara berikut terlaksana:
- Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas kelulusan diterima dari pihak yang diberi kuasa.
- Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
- Mengeluarkan pesanan tempatan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan bertugas rasmi ke luar negara dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal.
- Permohonan ulasan kewangan diberikan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada hari terima permohonan.
- 3493 views