Carta Organisasi:
CARTA BAHAGIAN PENYELARASAN, KAWALAN, DAN PEMANTAUAN.pdf
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Penyelarasan, Kawalan dan Pemantauan
Kementerian Ekonomi
Aras 2, Menara Prisma
No.26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 PUTRAJAYA
MALAYSIA
No. Tel. : 03-8090 2480
Faks : 03-8090 2500
OBJEKTIF BAHAGIAN
- Mengawal selia dan memastikan tadbir urus yang efisien bagi agensi-agensi di bawah Kementerian Ekonomi;
- Menyelaras hal keurusetiaan mesyuarat tertinggi dan urusan parlimen; dan
- Memantau pelaksanaan dasar dan strategi RMKe-12.
SEKSYEN AGENSI
- Mengurus pencalonan, pelantikan dan penamatan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah / Lembaga Pemegang Amanah dan Ketua Agensi bagi agensi di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi;
- Mendapatkan keputusan bagi permohonan pindaan ke atas akta tubuh / perlembagaan agensi, penstrukturan semula dan penggabungan organisasi, dan pembubaran atau pewujudan agensi baharu;
- Mendapatkan keputusan ke atas permohonan agensi selaras dengan akta / M&A syarikat yang berkaitan bagi perkara-perkara berhubung permohonan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat dan pelupusan aset;
- Menyelaras Kertas Jemaah Menteri Jabatan/Agensi di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi; dan
- Membentangkan Memorandum Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan PKEN di Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara selaras dengan Akta Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1962 [Akta 380];
SEKSYEN KEURUSETIAAN
- Mengurusetiakan Mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian Ekonomi (mingguan)
- Menyelaras urusan maklum balas bagi Mesyuarat Jemaah Menteri di peringkat Kementerian Ekonomi dan Cabutan Minit Mesyuarat Jemaah Menteri;
- Menyelaras urusan maklum balas bagi mesyuarat peringkat atasan di peringkat Kementerian Ekonomi;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN);
- Menyelaras urusan Parlimen Kementerian Ekonomi;
- Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan tahunan serta rancangan 5 tahun yang berkaitan PACU; dan
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Teknikal Dasar Kementerian Ekonomi.
SEKSYEN PEMANTAUAN RMKe-12
- Merangka mekanisme tadbir urus untuk mengawal selia Pelan Pelaksanaan Dasar Rancangan Malaysia;
- Memantau kemajuan output dan outcome dasar dan strategi Rancangan Malaysia;
- Menyelaras libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi merangka pelan tindakan;
- Melaporkan status kemajuan secara berkala kepada Jawatankuasa Teknikal Pemantauan yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi);
- Menyelaras penyelesaian isu dan masalah berkaitan pelaksanaan Rancangan Malaysia;
- Membangunkan sistem pemantauan Rancangan Malaysia yang diintegrasikan dengan sistem pemantauan sedia ada berdasarkan keperluan seperti MyProjek (ICU), MyResults (MOF), MyKPI (JPA) dan KPI Menteri (MAMPU/SEPADU);
- Membangunkan kepakaran dan keupayaan berkaitan pemantauan dasar dan strategi serta menjadi agen pengurusan perubahan berdasarkan perbincangan dengan pihak berkepentingan; dan
- Mengoptimakan penggunaan teknologi digital bagi menilai keberkesanan dasar dan strategi Rancangan Malaysia.
- 11924 views