Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Wilayah

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Wilayah
Kementerian Ekonomi
Aras 1, Kuadran 1, Menara Prisma
No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
62675 W.P Putrajaya 

No. Tel : 03-8090 2661

Latar Belakang

Bahagian Pembangunan Wilayah (BPW) diwujudkan hasil daripada penstrukturan semula Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) pada bulan Januari 2019 dan terus berfungsi sehingga kini apabila EPU,JPM distruktur semula sebagai Kementerian Ekonomi. BPW terbahagi kepada empat (4) unit iaitu Pembangunan Spatial, Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Koridor dan Kerjasama Serantau.

Objektif

Memastikan perancangan pembangunan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan sumber secara optimum ke arah mencapai keseimbangan pembangunan antara wilayah, antara negeri dan antara bandar dan luar bandar.

Fungsi Utama

  • Menggubal dasar, strategi dan program pengagihan aktiviti sosioekonomi dan infrastruktur serta penyediaan ameniti sosial yang berkualiti untuk meningkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar;
  • Menyelaras, menilai dan menggubal dasar, strategi dan program pembangunan bandar; 
  • Merancang, menilai dan menyelaras dasar dan strategi pembangunan koridor ekonomi wilayah;
  • Menyelaras program kerjasama subserantau;
  • Mengurus selia siling Peruntukan Pembangunan (DE) bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Menilai, mengkaji dan menyelaras cadangan strategi dan program yang dikemukakan oleh Kementerian/ agensi dan membuat ulasan secara telus;
  • Menyedia, mengenal pasti dan memperbaiki pelaksanaan program atau projek bagi Rancangan Lima Tahun secara profesional, cekap dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah pembangunan wilayah selaras dengan pencapaian outcome di peringkat nasional;
  • Menganalisa dan menilai cadangan projek-projek baru serta menyediakan notis perubahan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja setelah maklumat yang lengkap diterima daripada Kementerian; dan
  • Menyediakan kertas kerja/ ulasan/ maklum balas bagi isu-isu dan perkara-perkara yang berkaitan pembangunan wilayah dalam tempoh masa yang ditetapkan.