Carta Organisasi:
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Ekuiti
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma
No.26, Persiaran Perdana
Presint 3
62675;W.P Putrajaya.
No. Tel. : 03-8090 2141
- Fungsi Umum
- Penggubalan Dasar, Strategi Dan Program Agenda Pembangunan Bumiputera;
- Mengkaji semula keberkesanan dasar, strategi dan program sedia ada;
- Merangka/ menggubal strategi dan program baru yang lebih efektif dan relevan mengikut masa; dan
- Memantau keberkesanan pelaksanaan strategi dan program bagi mencapai sasaran strategik.
- Kajian
- Mengkaji dan menganalisis isu serta mengemukakan cadangan dasar strategi dan program bagi menangani isu berhubung dengan Agenda Pembangunan Bumiputera.
- Mengkaji dan menganalisis isu serta mengemukakan cadangan dasar strategi dan program bagi menangani isu berhubung dengan Agenda Pembangunan Bumiputera.
- Pembangunan Data
- B40 dan agihan pendapatan (kemiskinan, income, socio demographic profilling);
- Ekuiti Sektor Korporat;
- Guna Tenaga (profesional, skill, high paid job, sector, occupation);
- Hartanah (bangunan dan tanah); dan
- Lain-lain yang akan dikenalpasti.
- Kawal Selia Hartanah
- Pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan/agensi Kerajaan bernilai RM20 juta berdasarkan Garis Panduan Perolehan/Pelupusan Hartanah (GPPH); dan
- Kajian dan penambahbaikan GPPH.
- Kajian
- Senarai Tugas
- Pembangunan Bumiputera
- Merangka dan merancang dan kawalan dasar dan strategi yang dapat mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi yang lebih bermakna;
- Menyelaras siling dan memantau pelaksanaan program / projek RMKe-12 bagi keusahawanan Bumiputera;
- Menyelaras program dan projek yang melibatkan agensi mandat Bumiputera dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri;
- Memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan serta keberkesanan dasar dan strategi penyertaan Bumiputera dalam ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT);
- Mengumpul data/maklumat mengenai guna tenaga mengikut kumpulan etnik, sektor ekonomi dan kategori pekerjaan;
- Mengemaskini metodologi dan melaksanakan pengiraan pemilikan ekuiti sektor korporat;
- Menganalisis ketidakseimbangan yang wujud dalam pemilikan & penguasaan sektor korporat dan penyertaan dalam guna tenaga; dan
- Mengemukakan cadangan bagi membantu pencapaian matlamat keseimbangan dalam ekonomi.
- Kawal Selia Sektor
- Menimbang cadangan pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan agensi Kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas;
- Mengemaskini garis panduan dari semasa ke semasa mengikut keperluan; dan
- Memberi khidmat nasihat berkaitan GPPH yang diterima.
- Pembangunan Inklusif
- Merangka dasar, strategi dan program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan;
- Mengumpul, menganalisis data/maklumat mengenai pembasmian kemiskinan & agihan pendapatan di kalangan semua kumpulan etnik;
- Menganalisis trend serta kedudukan kemiskinan dan ketidakseimbangan pendapatan dan unjuran jangka pendek dan jangka panjang yang dibuat menggunakan model ekonomi yang dibangunkan selaras dengan matlamat dan sasaran kemiskinan;
- Menyelaras dan menyelia pelaksanaan kajian-kajian mengenai kemiskinan dan agihan pendapatan;
- Menyelaras dan mengemaskini metodologi pengiraan pendapatan garis kemiskinan dan pengukuran kemiskinan;
- Membangunkan pangkalan maklumat kemiskinan dan agihan pendapatan berasaskan banci, kajian dan penyiasatan-penyiasatan khas;
- Menyelaras dan membantu keperluan aliran maklumat kepada agensi-agensi lain sama ada sektor awam mahupun swasta;
- Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek kemiskinan;
- Menilai keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan;
- Mengemukakan cadangan dan syor mempertingkatkan keberkesanan program pembasmian kemiskinan di bandar dan luar bandar serta agihan pendapatan;
- Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Y.B. Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari semasa ke semasa.
- Unit Kemiskinnan
- Menyelaras pelaksanaan inisiatif/program/projek kemiskinan di peringkat Persekutuan, negeri, daerah, sektor swasta dan CSO;
- Menyelaras pengumpulan data dan maklumat berkaitan kemiskinan berasaskan banci, kajian dan penyiasatan penyiasatan khas;
- Menganalisis trend dan membuat unjuran jangka pendek dan panjang yang berkaitan dengan kemiskinan; dan
- Memantau keberkesanan pelaksanaan inisiatif/program/projek kemiskinan di peringkat Persekutuan, negeri, daerah, sektor swasta dan CSO.
- Pembangunan Bumiputera
-
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:-
-
Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Rolling Plan mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan.
-
Memastikan penggubalan dasar dan strategi pembangunan inklusif dan penyertaan bumiputera akan memberi perhatian utama kepada golongan yang ketinggalan.
-
Memastikan penggubalan dasar dan strategi tidak akan menjejaskan keistimewaan golongan-golongan tertentu seperti mana tertaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
-
Memastikan penyediaan rangka dasar dan strategi yang berkesan untuk mencapai aspirasi Kerajaan serta memenuhi keperluan masyarakat dan kumpulan sasaran.
-
Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu.
-
Menyediakan maklum balas kepada Keputusan Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan
-
Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan Bahagian Pembangunan Ekuiti dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan-santun.
-
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
- 22671 views