Kami berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang efisien dan efektif, professional, utuh dan unggul seperti berikut:
- Merancang pembangunan sosioekonomi negara ke arah mencapai kemakmuran, inklusiviti dan kemampanan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
- Menyediakan dokumen Rancangan Malaysia untuk setiap tempoh 5 tahun.
- Menyediakan bajet di bawah peruntukan pembangunan secara Rolling Plan.
- Menyediakan kertas dasar dan kertas Jemaah Menteri berdasarkan keperluan dan arahan yang diberikan oleh stakeholder.
- Meluluskan permohonan notis perubahan projek pembangunan dalam masa 7 hari bekerja melalui sistem My Projek setelah permohonan lengkap diproses sepenuhnya.
- Memberi kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat untuk perolehan hartanah oleh syarikat dan agensi kerajaan.
- Memberi kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja (selepas menerima ulasan dan kelulusan daripada agensi-agensi rujukan) kepada permohonan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti penyelidikan di Malaysia.
- 2643 views