Pengenalan
Objektif
Matlamat
Soalan Lazim (FAQ)

Maklumat akan dikemaskini

Maklumat akan dikemaskini

Maklumat akan dikemaskini

Soalan Lazim (FAQ) - contoh FAQ

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia atau akronimnya BMTKM adalah merujuk kepada program pembasmian kemiskinan tegar yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai pihak. Matlamat utama BMTKM adalah bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang holistik.

  1. Mereka yang ingin menyertai BMTKM mestilah berdaftar di dalam sistem eKasih;Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih;

  2. Mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih dan tergolong sebagai miskin tegar sahaja yang akan terlibat sebagai peserta BMTKM; dan

  3. Segala prosedur permohonan eKasih boleh dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (http://www.icu.gov.my/).

Kriteria pemilihan peserta BMTKM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih dan diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar;

  3. Berumur di antara 15 - 60 tahun ke atas; dan

  4. Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.

    Pendekatan baharu BMTKM dalam menangani kemiskinan tegar di Malaysia adalah melalui:

    1. pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation approach);

    2. pendekatan dari bawah ke atas (local problem, local solution); dan

    3. penyelesaian kemiskinan secara bersasar dan bukannya bersifat one size fits all.

    Pelaksanaan BMTKM melibatkan penyertaan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak. Ini termasuk penyertaan pelbagai kementerian dan agensi pelaksana, pentadbiran kerajaan negeri dan daerah, universiti awam (UA), sektor swasta dan industri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO).

    BMTKM akan menggunakan pendekatan kumpulan sasar berasaskan isi rumah, komuniti atau hibrid. Selanjutnya, BMTKM akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti penjanaan pendapatan, pembangunan kapasiti dan kapabiliti serta minda yang sesuai berdasarkan potensi lokaliti serta profil peserta BMTKM. Secara amnya, program dan inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Penjanaan pendapatan

      1. Bantuan/Insentif pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, perkhidmatan.


    2. Peningkatan kapasiti/modal insan

      1. Pembangunan Modal Insan dan Minda; dan

      2. Latihan Kemahiran dan TVET.


    3. Pembangunan Keusahawanan

      1. Latihan dan bimbingan keusahawanan;

      2. Bantuan modal permulaan perniagaan;

      3. Bantuan peralatan dan mesin;

      4. Pembungkusan, pelabelan dan pensijilan.

      5. Bantuan peralatan dan mesin;


    4. Peluang pekerjaan

      1. Penyediaan pekerjaan.


    5. Pemasaran

      1. Pembangunan pusat pengumpulan produk;

      2. Pemasaran; dan

      3. Pendigitalan.

    BMTKM akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan enam bulan bermula 2022 hingga 2025.

    BMTKM akan memperkenalkan dasar pemisah (exit policy) kumpulan sasar selepas tempoh dua hingga tiga tahun pelaksanaan dan pemantauan BMTKM. Dasar pemisah ini adalah bagi memastikan kemampanan program yang telah dilaksanakan bagi peserta BMTKM mampu mengangkat dan mengekalkan mereka di luar kepompong kemiskinan tegar. Sehubungan itu, penyertaan pelbagai pihak dalam pembangunan program BMTKM yang antaranya mencakupi skop keusahawanan sosial, pengukuhan pembangunan kapasiti dan keupayaan serta pembangunan minda adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan dasar pemisah ini.

    Program BMTKM akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar di seluruh negara serta menjadi pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan dalam kalangan B40. Program sedia ada berkaitan kemiskinan yang diselaraskan oleh Kementerian dan agensi pelaksana lain akan diteruskan.