- 11 views
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, turut hadir pada pembentangan Belanjawan MADANI 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2026.
Bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, Belanjawan 2027 memperkukuh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) sebagai kerangka pembangunan negara yang menyeluruh dan bersepadu.
Dengan unjuran pertumbuhan KDNK antara 4.2 hingga 5.2 peratus serta Belanja Pembangunan (DE) sebanyak RM83 bilion, tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan kapasiti ekonomi negara melalui pelaburan bernilai tinggi, pembangunan infrastruktur strategik, produktiviti dan pengukuhan daya saing.
Kementerian Ekonomi terus memberi penekanan kepada perancangan dan penyelarasan pembangunan merentas kementerian bagi memastikan keutamaan RMK13 diterjemahkan kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi, transformasi struktur ekonomi, pembangunan wilayah yang seimbang serta peningkatan keberhasilan kepada rakyat.
Agenda ini turut merangkumi reformasi struktur gaji, pembangunan bakat, penggunaan teknologi dan penciptaan pekerjaan berkualiti bagi menyokong peningkatan pendapatan rakyat yang mampan.
Kejayaan pembangunan bukan sekadar diukur melalui pertumbuhan KDNK atau jumlah peruntukan, tetapi sejauh mana pelaksanaan dasar dan pembangunan negara mampu meningkatkan produktiviti, pendapatan serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.
#Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #RMK13 #KementerianEkonomi #MalaysiaMADANI

