- 1 view
Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi bagi Ogos 2026 telah berlangsung hari ini yang mengetengahkan tema “Ekonomi yang Dirasai Rakyat: Membina Rantaian Pendapatan”.
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi melalui ucapannya menekankan kefahaman bersama mengenai kedudukan ekonomi semasa serta hala tuju Kementerian dalam memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, produktiviti dan pendapatan yang lebih baik untuk rakyat.
Walaupun pertumbuhan KDNK kekal kukuh pada 6.0% bagi suku kedua 2026 dan inflasi pengguna terkawal pada 1.8% pada Julai, tekanan kos input serta realiti perbelanjaan isi rumah kekal menjadi cabaran yang perlu ditangani secara berterusan.
Seiring aspirasi RMK13, pendekatan Kementerian memberi penekanan kepada pembinaan bakat, hubungan antara produktiviti dan gaji serta mobiliti sosial. Kejayaan pembangunan tidak hanya diukur melalui pelaksanaan program, tetapi melalui hasil yang boleh dirasai dan diukur melalui pekerjaan, kemahiran serta peningkatan pendapatan rakyat.
Melalui budaya kerja berteraskan kesegeraan, kerjasama merentas silo serta pendekatan berorientasikan hasil, Kementerian Ekonomi terus komited memastikan setiap dasar dan intervensi membawa nilai yang lebih besar kepada rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
#KementerianEkonomi
#MADANIBekerja
#taatsetia

