Sempena hari terakhir YB Dato’ Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi, Majlis Penyerahan Tugas bersama pihak pengurusan tertinggi kementerian telah diadakan pada 13 Jun 2025. Majlis ini turut dihadiri oleh ketua jabatan/agensi dan wakil agensi di bawah seliaan Kementerian Ekonomi.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, YB Menteri Ekonomi telah menerajui pelbagai inisiatif yang memacu reformasi struktur ekonomi negara berteraskan ketelusan, kecekapan dan kesejahteraan rakyat.

Warga kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan yang amat bermakna.