- 2 views
27 November 2024, Putrajaya - Bahagian Pengurusan Nilai, Kementerian Ekonomi telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bagi menyediakan platform yang membolehkan pihak Kementerian/Agensi mendapat penerangan yang lebih jelas berkaitan penambahbaikan pelaksanaan Pengurusan Nilai (VM) pada 27 November 2024 di Menara Prisma, Putrajaya.
Hari Bertemu Pelanggan ini diadakan bagi penambahbaikan Pekeliling Kementerian Ekonomi Bilangan 1 Tahun 2024 iaitu Penambahbaikan Pelaksanaan Pengurusan Nilai Dalam Program/Projek Kerajaan Persekutuan dan Buku Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2024 telah berkuatkuasa mulai 31 Mei 2024. Diharapkan dengan penerangan ini dapat merancang langkah-langkah dalam pelaksanaan pengurusan untuk memperkukuhkan ekonomi negara melalui inisiatif yang lebih inklusif dan berdaya saing.
Sesi soal jawab turut diadakan, memberikan ruang untuk perbincangan interaktif antara Kementerian/agensi dan pihak pengurusan daripada Bahagian Pengurusan Nilai, Kementerian Ekonomi.