YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi hari ini telah menyempurnakan Forum Eksekutif JS-SEZ 2026 yang menghimpunkan lebih 250 penggubal dasar, pemimpin perniagaan, pelabur dan pemain industri bagi membincangkan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai pintu masuk strategik syarikat Eropah ke pasaran ASEAN.

Bertemakan “Unlocking the Malaysia-Singapore Advantage: Your Gateway to ASEAN Growth”, forum ini mengetengahkan kelebihan gabungan kekuatan industri Malaysia dan keterhubungan global Singapura dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkukuh kerjasama rentas sempadan serta merangsang pertumbuhan ekonomi serantau.

Dalam ucaptamanya, YB Menteri Ekonomi menegaskan bahawa kejayaan JS-SEZ perlu diterjemahkan kepada hasil yang nyata melalui pelaksanaan projek bernilai tinggi, pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran, pemindahan teknologi dan manfaat kepada perniagaan tempatan.

#KementerianEkonomi

#RancakkanMADANI

#JS-SEZ

#MADANIBekerja