- 0 views
6 Disember 2024, Pasir Mas - Kementerian Ekonomi dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membantu mangsa-mangsa banjir sepanjang musim tengkujuh ini.
Dalam usaha meringankan beban mereka yang terkesan, ECERDC melalui Kelab Sukan dan Rekreasi ECERDC (KSRE) telah menggerakkan SKUAD IHSAN MADANI menerusi
Program Cakna Banjir. Program ini bertujuan untuk membantu membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir di daerah Pasir Mas, Kelantan.
Tindakan murni ini mencerminkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada ECERDC atas dedikasi dan usaha tanpa henti dalam menggerakkan misi bantuan banjir ini.
Semoga inisiatif mulia ini memberikan manfaat yang besar kepada semua pihak yang terjejas, dan membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#ECERDC
#taatsetia