- 1 view
17 Disember 2024, Putrajaya - YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Puan Yuslindal binti Yaakub, Pengarah Bahagian Sumber Manusia menerima kunjungan daripada Encik Mohd Syahril bin Baharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Serdang.
Kampung Kuala Serdang merupakan Kampung Angkat MADANI Kementerian Ekonomi. Baru-baru ini Kementerian Ekonomi telah berjaya menyelesaikan projek menaik-taraf balai raya, perpustakaan dan pengukuhan tebing sungai di Kampung Kuala Serdang dan rantaiannya. Program Moh Berkampung Kek Kuala Pilah bersama Kementerian Ekonomi juga telah berjalan dengan jayanya pada 7 Disember 2024 yang turut melibatkan Pejabat Daerah Tanah dan Kuala Pilah, JPKK Kampung Kuala Serdang dan agensi-agensi kerajaan di sekitar Kuala Pilah.
Pihak Kementerian Ekonomi turut menerima rendang kerbau edisi khas hasil air tangan penduduk kampung. Semoga hubungan antara warga Kementerian Ekonomi dan penduduk Kampung Kuala Serdang berpanjangan dalam merealisasikan keakraban di antara Kerajaan dan rakyat di dalam aspirasi Malaysia MADANI.
#KementarianEkonomi
#MalaysiaMadani
#taatsedia