- 41 views
Tokyo, 5 Februari 2020 - YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengadakan pertemuan bersama Japan-Malaysia Parliamentary Friendship Association (JMPFA), Japan-Malaysia Economic Association (JAMECA) dan perwakilan persatuan-persatuan Jepun bagi menyuburkan jalinan kerjasama antara Jepun dan Malaysia.
Seterusnya beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk pertemuan bersama TYT Tomohiro Yamamoto, Naib Menteri Pertahanan Jepun antara perkara yang dibincangkan merangkumi aset-aset pertahanan, pemindahan teknologi, latihan dan penyelenggaraan yang komprehensif.