- 6 views
Mengambil kesempatan tempoh yang ada dalam membuat penilaian untuk Bajet Pembangunan 2027, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi turut menerima kunjungan Tan Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara bagi membincangkan hala tuju keutamaan peruntukan pembangunan 2027 khusus untuk memastikan jaminan sektor keselamatan negara.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan fasiliti, aset dan infrastruktur Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan keselamatan kepada rakyat.
Kementerian Ekonomi komited bagi memastikan setiap ringgit peruntukan yang diagihkan memberi pulangan besar kepada rakyat. Keutamaan akan diberikan kepada projek pembangunan sama ada berskala besar atau projek kecil yang memberi kesan langsung kepada rakyat supaya setiap peruntukan yang dirancang memberikan nilai terbaik, memperkukuh kesejahteraan awam dan menyokong agenda pembangunan MADANI.
Kerjasama strategik anatara Kementerian Ekonomi dan PDRM akan terus diperkukuh bagi memastikan perancangan pembangunan yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi demi keselamatan serta kesejahteraan negara.
#KementerianEkonomi #MADANIBekerja #Taatsetia

