- 159 views
Perak, 28 Januari 2024 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke tapak projek Inisiatif Pendapatan Rakyat Usahawan Tani (IPR-INTAN) bersama YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Lawatan tersebut telah berlangsung pada hari Ahad lepas, 28 Januari 2024. Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan YAB Perdana Menteri ke tapak projek dan seterusnya menandatangani plak perasmian di Dewan Bahagia, Hospital Bahagia Ulu Kinta.