πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ π„πŠπŽππŽπŒπˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π πŒπŽπƒπ„π

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir telah melawat Projek IPR-INTAN TKPM Kluang di bawah pelaksanaan IRDA bersama Chin Sam Chiap Sdn. Bhd. dalam lawatan kerja beliau ke Kluang.

Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan melalui aktiviti ekonomi produktif, dengan matlamat jangka panjang melahirkan peserta sebagai usahawan yang berdaya maju dan mampu berdikari.

Beroperasi di kawasan seluas 7.13 ekar, projek ini memberi tumpuan kepada tanaman cili secara fertigasi serta sayur berdaun seperti sawi, salad dan kangkung. Projek ini menyasarkan penyertaan 25 peserta, dengan sasaran pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan bagi setiap peserta.

Sehingga 31 Ogos 2026, projek ini telah menghasilkan sebanyak 99,864.1 kilogram cili dan 339,749.9 kilogram sayur berdaun, dengan jumlah hasil jualan keseluruhan mencecah RM1.618 juta.

Bagi Kementerian Ekonomi, kejayaan IPR bukan sekadar diukur melalui jumlah pengeluaran dan hasil jualan, tetapi sejauh mana peserta dapat membina kemahiran, menguasai aktiviti pengeluaran dan pemasaran serta membangunkan keupayaan untuk menjadi usahawan yang berdaya saing.

Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan peserta bukan sekadar memperoleh pendapatan, tetapi mampu membina perniagaan sendiri, berdikari dan keluar daripada kebergantungan kepada bantuan secara berterusan. Inilah semangat IPR dalam membina laluan ke arah mobiliti ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat secara mampan.

#KementerianEkonomi #MADANIBekerja #IPR