- 4 views
Majlis Pelepasan Skuad Ihsan MADANI untuk Program Cakna Banjir yang diadakan dengan kerjasama dan anjuran Kementerian Ekonomi serta Kelab Sukan & Rekreasi ECERDC bertujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di negeri Kelantan.
Para sukarelawan, dengan semangat yang tinggi bersedia menggalas tanggungjawab mulia untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Inisiatif yang penuh dengan semangat kemanusiaan ini mencerminkan usaha tanpa mengenal penat lelah dalam memberikan bantuan yang sebaiknya kepada mereka yang memerlukan.