- 128 views
JELEBU, 17 Disember 2022 - Seramai 39 Ketua Isi Rumah (KIR) penduduk Kampung Orang Asli Parit Gong telah menerima peralatan dan bahan tanaman bagi projek tanaman serai dan kunyit di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Tegar.
Penyampaian peralatan dan bahan tanaman telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan yang mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sempena perasmian Program Khidmat Sosial Masyarakat Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia di Dewan Orang Asli Parit Gong.