4 Disember 2024, Putrajaya - Majlis Perhimpunan Bulanan YB Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian telah berlangsung pada 4 Disember 2024 di Menara Prisma, Putrajaya.

Dalam perhimpunan tersebut, YB Menteri Ekonomi mengucapkan terima kasih atas kerja keras, dan komitmen seluruh warga kementerian dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang tahun 2024 dalam memastikan ekonomi negara tetap berjalan walaupun menghadapi tantangan global yang semakin kompleks. Beliau juga turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua warga kementerian.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dr. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato' Luqman bin Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi.