Kementerian Ekonomi terus memperkukuh komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan subrantau yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan. Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Ke-32 yang berlangsung di Medan, Sumatera Utara, Indonesia semalam.

Tiga fokus utama strategik Malaysia dalam mesyuarat kali ini:

Ketahanan Ekonomi & Geopolitik: Menegaskan komitmen terhadap ‘IMT-GT Vision 2036’ bagi mendepani cabaran fragmentasi perdagangan global.

Ekonomi Masa Hadapan: Memperkasa peranan Kecerdasan Buatan (AI), transformasi digital, serta pembangunan bakat dan kemahiran masa hadapan untuk memacu produktiviti serantau. Pertumbuhan Hijau & Biru: Memperkukuh koridor ekonomi, jaringan pengangkutan, serta mobilisasi pelaburan dalam sektor lestari demi manfaat nyata rakyat dan komuniti perniagaan.

Kerjasama rentas sempadan ini menjadi tonggak penting bagi membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan, produk halal, pertanian, dan pelaburan berpaksikan kemakmuran bersama.

Bersama memperkukuh daya tahan. Bersama membuka peluang. Bersama membina kemakmuran serantau.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI

#IMTGT2026

#EkonomiMasaHadapan

#KerjasamaSerantau