- 1 view
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi sempat meninjau Bangunan Jam Besar Negeri Perlis yang dicadangkan untuk diubahsuai menjadi Galeri Diraja yang boleh dikunjungi rakyat dan pelancong. Inisiatif ini bukan sahaja memastikan warisan negeri terus terpelihara, malah berpotensi mewujudkan tarikan pelancongan baharu serta memperkukuh sejarah dan identiti Negeri Perlis.
Bangunan Jam Besar Perlis telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan sejak 24 Februari 2011. Bangunan warisan ini diilhamkan oleh Raja Perlis keempat, Almarhum Tuanku Syed Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalullail, setiap detik menyimpan kenangan dan identiti yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Kementerian Ekonomi sentiasa memastikan pembangunan turut berjalan seiring dengan pemeliharaan warisan, pengukuhan identiti tempatan dan pembangunan sektor pelancongan demi manfaat rakyat serta generasi akan datang.
#KementerianEkonomi
#MADANIBekerja
#taatsetia

