- 1 view
16 Disember 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Dr. Zunika Binti Mohamed telah mempengerusikan Mesyuarat Annual Review dengan Pengerusi Bersama YBrs. Dr. Myo-Zin Nyunt, Deputy Regional Director, UNICEF East Asia and Pacific Regional Office, Bangkok, Thailand bagi tahun 2024 bertempat di Hotel Le Meridien, Putrajaya.
Turut hadir daripada UNICEF Malaysia adalah Mr. Robert Gass, UNICEF Representative to Malaysia and Special Representative to Brunei Darussalam.
Mesyuarat Annual Review diadakan secara tahunan antara Kerajaan Malaysia dengan UNICEF di bawah program kerjasama teknikal CPAP.
Pihak UNICEF telah membentangkan pencapaian utama UNIICEF di Malaysia, iaitu fokus Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut bagi Malaysia, penjajaran program dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), keberhasilan keseluruhan berdasarkan kepada advokasi dasar (policy advocacy), penjanaan bukti (evidence generation) dan pemodelan penyelesaian inovatif (modelling innovative solutions) serta maklumat kewangan.
Selain itu, keberhasilan mengikut bidang-bidang (flagship results) juga telah dibentangkan seperti berikut:
(i) Flagship Results 1: Child Poverty and Social Protection;
(ii) Flagship Results 2: Improved Healthy Eating and Lifestyle;
(iii) Flagship Results 3: Pioneering Innovations for Equity and Inclusion in Learning;
(iv) Flagship Results 4: Child-sensitive Climate Policies;
dan
(v) Flagship 5: Strengthened Child Protection Systems.
Maklumat mengenai keberhasilan program di Sabah dan Sarawak juga telah dibentangkan, diikuti dengan inti pati struktur dan hala tuju Country Programme Document (CPD) bagi tempoh 2026-2030 untuk Malaysia.
Mesyuarat Annual Review tahun 2024 telah dihadiri oleh 145 orang pegawai dari pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan UNICEF Malaysia.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI